Pengikut Setia

Saturday, August 20, 2011

FASA KHAS, 2011.... SLIM RIVER

Pada 31 Julai 2011, bertempat di Dewan Besar SM. Vokasional Slim River merupakan Klinik UPSR , Fasa Khas yang terakhir bagi tahun ini. Program ini terpaksa ditamat awalkan kerana menghadapi Bulan Ramadhan yang tiba. Seramai kira-kira 120 orang murid Tahun 6 telah menghadiri klinik ini.

Saya bagi pihak rakan-rakan dalam Tinta Akademik mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung bagi menjayakan Klinik UPSR, Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa Khas yang diadakan sepanjang tahun ini.

Insyaallah program yang sama akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Pihak kami juga sedang merancang untuk mengadakan "KEM BAHASA INGGERIS" untuk murid-murid Tahun 4 dan 5 bermula pada bulan Oktober 2011 ini.

Akhir sekali, kepada semua rakan, "followers", "visitors" dan sesiapa sahaja yang mengenali kami .... dengan rasa rendah hati kami ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin."

Sekian ...
















Saturday, July 23, 2011

FASA KHAS 2011 ..... MANJUNG

Pada 23 Julai 2011 (Sabtu), SK. Seri Manjung telah menganjurkan Klinik UPSR - Fasa Khas bersama-sama Tinta Akademik Enterprise. Seramai 212 0rang peserta dari beberapa buah sekolah di sekitar Manjung telah menyertai program ini.

Tuan Haji Zahidi b. Zulkifli , Guru Besar SK. Seri Manjung turut meluangkan masa meninjau perjalanan program ini. Beliau berpuas hati dengan perjalanan program serta keadaan murid yang selesa. Beliau seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini disamping turut hadir mengikuti perbengkelan yang dijalankan.




Tuan Haji Zahidi (GB SK. Seri Manjung)bersama-sama Tuan Haji Roslan (Ketua Fasilitator), En. Maszlan Mokhtar (Penceramah - Sains) dan Cikgu Razali.
Uniknya Cikgu Razali ialah, beliau merupakan satu-satunya guru lelaki yang menjadi Guru Kelas daripada 54 buah kelas di SK. Seri Manjung.








Kami dari Tinta Akademik Enterprise ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Zahidi (GB), guru-guru penolong kanan dan guru-guru SK. Seri Manjung yang setiap tahun memberi kepercayaan kepada pihak kami bersama-sama menganjurkan program Klinik UPSR. Kami berdoa agar target untuk mendapatkan seramai 91 orang murid mendapat keputusan cemerlang 5A pada tahun akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Begitu juga kepada guru-guru dari sekolah sekitar Manjung, ibu bapa dan murid-murid yang menyertai program kami, kami juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan untuk kecemerlangan ini mendapat keberkatan dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang.

Kepada semua : TERIMA KASIH DAUN KELADI ........

Monday, July 4, 2011

KLINIK UPSR FASA II ......... TAIPING



KLINIK UPSR FASA II ......... TAIPING


Bertempat di Dewan Besar Kompleks Rakan Muda Kamunting Taiping Perak, telah diadakan Klinik UPSR Fasa II bagi sekolah-sekolah Zon Kamunting. Seramai 188 orang peserta daripada 10 buah sekolah telah menyertai program ini.

Perasmian Klinik UPSR Zon Kamunting ini telah dirasmikan oleh Cik Hajjah Alimaton bt. Limat, Guru Besar SK. Taman Jana merangkap Pengerusi Zon Kamunting.

Program ini telah diselaraskan oleh Tuan Haji Meor Ahmad b. Aziz, PK. Pentadbiran SK. Taman Jana.




























-->BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
-->PROGRAM MOTIVASI PELAJAR
-->KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR
-->PROGRAM BINA INSAN
-->PROGRAM “JOURNEY TO ENGLISH”
-->MENGEDAR BUKU-BUKU AKTIVITI, ULANG KAJI DAN PANDUAN TERKINI BAGI PELAJAR UPSR.(PENERBIT DAN PENULIS TERPILIH SAHAJA)




SERTAI KAMI SEKARANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!

My photo
Kami menyediakan penceramah yang berpengalaman dan terbaik untuk anda..

Penceramah Bahasa Inggeris


ENCIK SEBASTIAN K. FRANCIS
PENGALAMAN :
· BEKAS GURU CEMERLANG SELANGOR
· BEKAS PENCERAMAH DIDIK / BERITA HARIAN
· BEKAS PENYEMAK DAN PEMERIKSA KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR
· PANEL PENULIS BUKU AKTIVITI DAN PANDUAN BAHASA INGGERIS UPSR
· TELAH BERSARA DAN MELIBATKAN DIRI SEPENUH MASA DALAM CERAMAH DAN PERBENGKELAN KEPADA GURU-GURU BAHASA INGGERIS

Penceramah Bahasa Melayu


ENCIK ABD. RAHMAN B. ABDULLAH
PENGALAMAN :
· GURU CEMERLANG NEGERI SELANGOR
· GURU PAKAR BAHASA (MUNSYI)
· 17 TAHUN PENGALAMAN MENGAJAR
· PEMERIKSA KERTAS UPSR

Penceramah Sains


ENCIK MAZLAN B. MOKHTAR
PENGALAMAN :
· GURU CEMERLANG DAN JURU LATIH UTAMA SAINS UPSR
· GURU PAKAR DAN PENCERAMAH PERBENGKELAN SAINS UPSR
· PENYEMAK DAN PEMERIKSA KERTAS SAINS UPSR
· LEBH 15 TAHUN PENGALAMAN MENGAJAR

Penceramah Matematik


ENCIK HAMZAH B. SALLEH
PENGALAMAN :
· GURU CEMERLANG SELANGOR DAN GURU PAKAR MATEMATIK
· LEBIH 20 TAHUN PENGALAMAN MENGAJAR
· KETUA PENYEMAK DAN PEMERIKSA KERTAS
· MATEMATIK UPSR
· BEKAS PENCERAMAH DIDIK / BERITA HARIAN
· PANEL PENULIS BUKU MATEMATIK


Modul Klinik UPSR


Hari Sabtu
8.00 Pg : Pendaftaran
8.30 Pg : Teknik Menjawab B.Melayu (II)
10.30 Pg : Rehat / Minum Pagi
11.00 Pg : Teknik Menjawab B.Melayu(I)
12.30 Tgh : Rehat / Makan / Solat
2.00 Ptg: Teknik Menjawab MAtematik (I)
4.00 Ptg : Rehat / Minum Petang
4.30 Ptg: Teknik Menjawab MAtematik (II)
6.00 Ptg : Bersurai

Hari Ahad
8.00 Pg : Pendaftaran
8.30 Pg : Teknik Menjawab B.Inggeris (II)
10.30 Pg : Rehat / Minum Pagi
11.00 Pg : Teknik Menjawab B.Inggeris (I)
12.30 Tgh : Rehat / Makan / Solat
2.00 Ptg : Teknik Menjawab Sains (II)
4.00 Ptg : Rehat / Minum Petang
4.30 Ptg : Teknik Menjawab Sains (I)
6.00 Ptg: Bersurai

PAKEJ 200 PESERTA
RM 6000.00 TIDAK TERMASUK MAKAN
(Lebih 200 : Tambahan RM10.00 seorang)


”Journey To English”


TENTATIF PROGRAM

8.00 pg : Pendaftaran Peserta
8.30 pg : Sesi 1 (Reading and Comprehension)
10.30 pg : Minum pagi
11.00 pg : Sesi 2 (Grammar)
1.00 tgh : Rehat/ makam tgh/ solat zohor
2.00 ptg : Sesi 3 (Writing)
4.00 ptg : Penutup / Penyampai Sijil
4.15 ptg : Minum Petang
4.30 ptg : Bersurai.

Program Bina Insan Dan Motivasi


(SABTU) :
9.00 Pg. : Pendaftaran Peserta
9.30 Pg. : Taklimat Peserta
10.00 Pg. : Minum Pagi
10.30 Pg. : LDK 1
1.00 Tgh. : Rehat / Makan Tengah Hari / Solat Zohor
2.00 Ptg. : LDK 2
4.30 Ptg. : Minum Petang / Solat Asar
5.30 Ptg. : LDK 3
7.00 Ptg. : Pengurusan Diri / Solat Maghrib / Makan Malam / Solat Isyak
9.00 Mlm. : Motivasi ’A ONE’
10.30 Mlm. : Minum Malam
11.00 Mlm. : Muhasabah Diri
11.30 Mlm. : Recall
12.30 Mlm. : Tidur

(AHAD)
6.00 Pg. : Solat Subuh / Tazkirah
7.00 Pg. : Riadah / Senaman Pagi
8.00 Pg. : Sarapan Pagi
8.30 Pg. : LDK 4
10.00 Pg. : Minum Pagi
10.30 Pg. : LDK 5
11.30 Pg. : Khidmat Masyarakat / Gotong Royong
12.00 Tgh. : Majlis Penutup
1.00 Tgh. : Bersurai

Aktiviti Dalam LDK : Contoh


· Mencari Harta Karun
· Cepat Ingat
· Saya Ikut Arahan
· Apa Harus Saya Lakukan
· Cermin DiriIkhtiar Hidup
· Membina Logo
· Dll.