Pada 9 April 2011 yang lalu, krew Tinta Akademik berada di Kolej Risda , Alor Gajah, Melaka. Dengan berkat usaha Cikgu Azmira bt. Abd Aziz dan suami, Cikgu Mohd. Rafee b. Mohamad, Cikgu Din dan isteri serta cikgu-cikgu dari sekolah-sekolah sekitar Alor Gajah, maka Program Klinik UPSR telah dapat diadakan dengan jayanya.
Program kali ini diadakan di Dewan Kolej Risda, Alor Gajah , Melaka. Seramai 204 murid daripada 16 buah sekolah telah menyertai Klinik UPSR ini.
Sekolah-sekolah yang turut serta dalam program kali ini ialah :
1. SK. Belimbing Dalam
2. SK. Sungai Buloh
3. SK. Sungai Siput
4. SK. Air Pa'abas
5. SK. Sungai Jernih
6. SK. Simpang Empat
7. SK. Padang Sebang
8. SK. Durian Daun
9. SK. Cherana Puteh
10. SK. Hutan Percha
11. SK. Sungai Petai
!2. SK. Rantau Panjang
13. SK. Jeram
14. SK. Pulau Sebang
15. SK. Brisu
16. SK. Melekek
3 orang murid Cemerlang ini merupakan pelajar SK. Sungai Buloh, Melaka. Mereka ialah adik Azra Batrisyia bt. Iwan Kurniawan, adik Nur Ain bt. Hamdan dan adik Nurul Nabilah bt. Badrol Hisham.
Ketika diminta menulis komen tentang Klinik UPSR yang mereka ikuti, inilah komen mereka :
Saya dapat fahami apa yang disampaikan dan saya mendapat tip-tip yang berguna untuk menjawab peperiksaan UPSR nanti. Saya amat berbesar hati kerana sekolah saya menjadi Tuan Rumah program ini. Saya mengucapkan terima kasih.
Daripada : Azra Batrisyia bt. Iwan Kurniawan.
Program ini merupakan program yang amat berguna kerana ia dapat membimbing murid-murid dan dapat membnerikan tip-tip yang berguna untuk pelajar semasa menduduki peperiksaan UPSR nanti. Semoga program ini akan terus dijalankan pada masa hadapan. Terima kasih.
Daripada : Nur Ain bt. Hamdan
Program ini bagus diadakan kerana ia untuk kebaikan semua pelajar termasuk saya supaya lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini.
Daripada : Nurul Nabilah bt. Badrol Hisham.
No comments:
Post a Comment