Alhamdulillah .... Klinik UPSR Fasa II yang diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Vokasional Slim River berjalan dengan lancar.
Seramai 247 orang murid telah mengikuti Klinik UPSR kali ini. Sebanyak 5 buah bas disediakan untuk membawa para pelajar dari Tapah, Bidor, Sungkai, Trolak dan Besout. Para pelajar dari Slim River pula dihantar sendiri oleh ibu bapa masing-masing.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah terlibat, ibu bapa pelajar, Pengetua, guru-guru dan pelajar SM. Vokasional Slim River, para penceramah, pengusaha kantin SMVSR, syarikat pengangkutan terlibat , serta pelajar-pelajar Cemerlang yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga Klinik UPSR kali dapat dilangsungkan dengan jayanya.
TERIMA KASIH DAUN KELADI ....
Tunggu kehadiran kami pada minggu hadapan di MELAKA ....
No comments:
Post a Comment